Home Administrator  
Visitor Hit No.0
Classified Ads
ADD PAHALA DELETE DOSA

ADD PAHALA, DELETE DOSA

Saya menangis dan menjerit kesakitan sambil menyebut, 'Allahu akbar!', teramat sakit. 'Kenapa aku diseksa sebegini? Aku bersolat juga.' Tiba-tiba mulut saya boleh berkata-kata. Ketika itu saya mendengar suara malaikat yang menakutkan itu mengherdik, 'Memang kamu bersolat. Tetapi tidak sepenuh hati. Kamu bersolat pun tidak ikhlas. Bersolat kerana bosan mendengar leteran ibu menyuruh kamu bersolat.

'Kamu lebih mengutamakan internet dan tidur berbanding solat. Tanpa rasa bersalah, kamu memegang tanya perempuan bukan mahram. Kamu juga tidak menutup aurat. Selalu memakai seluar pendek. Jika ada yang menegur, kamu cepat melenting, cepat marah. Walhal mereka memesan kepada kebaikan. Kamu lalai daripada mengingati Allah. Hanya berseronok sahaja yang kamu tahu.

ADD PAHALA DELETE DOSA adalah sebuah karya mengenai amalan dan ibadah harian yang ditujukan khas untuk pelajar dan golongan muda. Perkongsian kisah dan tip yang tercatat di dalamnya amat membantu kita, yakni orang muda untuk terus beramal walaupun hanya dengan amalan-amalan kecil sekalipun. ia membantu kita untuk mengenal pasti adakah kita orang muda yang begitu bermotivasi dalam melakukan amal ibadah? ATAU adakah kita orang muda hanya melakukan amal ibadah secara bermusim  ATAU orang muda yang malas melakukan amal ibadah? Tepuk dada tanyalah diri. Jawapannya ada di dalam hatimu wahai orang muda.

Price : 23.00
Company : Azhar Book Center
Tel : 07-2210244
Fax : 07-2210243
Address : 5B-110 (B) Ground Floor, Larkin Transport Terminal, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru, Johor.
Email :
Website : http://pustakaazhar.com