Home Administrator  
Visitor Hit No.0
Classified Ads
BERSYUKUR SAAT DIUJI

BERSYUKUR SAAT DIUJI

Saya didatangi oleh seorang ustaz yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf UTM. Jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudha muncul di rumah. Lalu saya dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya berkata,

" Ustaz, boleh saya bertanya satu soalan? Jika ada calon yang ditemu duga, katalah anak ustaz yang paling teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah tertinggi kepadanya, adakah saya berdosa?" (Nota : beliau memberi jawapan,"berdosa"). Sanggupkah ustaz menyuruh saya melakukan dosa?"

Saya menitiskan air mata di hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, " Ustaz, saya mungkin mempunyai sedikit kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz untuk tidak melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh, jahil dan tidak berilmu."

Beliau meninggalkan rumah saya tanpa berkata apa-apa.

Price : 22.00
Company : Azhar Book Center
Tel : 07-2210244
Fax : 07-2210243
Address : 5B-110 (B) Ground Floor, Larkin Transport Terminal, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru, Johor.
Email :
Website : http://pustakaazhar.com