Home Administrator  
Visitor Hit No.0
Classified Ads
NABI KHIDIR - Di Sebalik Tabir Laduni

NABI KHIDIR - Di Sebalik Tabir Laduni

Kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi, ayat 60-82. Dalam surah al-Kahfi terdapat kisah pertemuan dan pengembaraan antara kedua-dua nabi Allah ini. Dalam pengembaraan tersebut, nabi Musa mendapati tindakan-tindakan Nabi Khidir as menyalahi syariat sebagaimana yang diturunkan oleh Allah kepadanya. Justeru bantahan demi bantahan yang dikemukakan oleh Nabi Musa as terhadap Nabi Khidir as, maka Nabi Khidir as memutuskan untuk mengakhiri pertemuan mereka setelah baginda menceritakan segala yang tersirat di sebalik tindakan-tindakannya itu. 

Ironinya, kisah pertemuan ini telah dieksploitasi oleh sesetengah golongan yang mendakwa berfahaman sufi. Maka menjelmalah pelbagai versi cerita tentang dakwaan-dakwaan pertemuan orang tertentu dengan Nabi Khidir as. Malah golongan ini mendakwa agama yang diturunkan Allah ini terbahagi kepada zahir & batin. Implikasinya, para wali dianggap tidak terikat kepada syariat Allah dan boleh melakukan apa jua tindakan yang zahirnya dilihat menyalahi syariat namun hakikatnya betul.

" Sedangkan Nabi Musa as belajar dengan Nabi Khidir as, sudah tentu kita di akhir zaman ini juga perlu belajar dan mengambil iktibar daripada sejarah hidup Nabi Khidir.

Price : 23.00
Company : Azhar Book Center
Tel : 07-2210244
Fax : 07-2210243
Address : 5B-110 (B) Ground Floor, Larkin Transport Terminal, Jalan Garuda, 80350 Johor Bahru, Johor.
Email :
Website : http://pustakaazhar.com